ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Waran Geledah



Seksyen 48. Geledah mencari orang yang disalah tahan.

Jika mana-mana Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang telah ditahan di dalam keadaan yang mana penahanan itu mengakibat satu kesalahan, Hakim bolehlah mengeluarkan satu waran geledah dan orang yang kepadanya diarahkan itu bolehlah menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan itu; geledah tersebut hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan segera dibawa ke hadapan Hakim yang akan membuat perintah yang difikirkan patut mengikut keadaan kes.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.