ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN
Seksyen 3. Tafsiran.
(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
'''aqil"
ertinya sempurna akal;
"baligh"
ertinya telah cukup umur mengikut
Hukum Syarak
;
"bayyinah"
ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah
qarinah;
"dokumen" ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-
(a)
huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
(b)
apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
(c)
apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa-apa jua pun data lain;
(d)
Suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan
(a), (b)
atau
(c),
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan
(a), (b), (c)
dan
(d),
yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;
MISALAN
Tulisan ialah dokumen.
Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.
Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.
Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.
Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.
Fotograf atau negatif ialah dokumen.
Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.
Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.
Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;
"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M [
En. Tr.
];
"fakta" ertinya dan termasuklah-
(a)
apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera;
(b)
apa-apa keadaan mental yang disedari oleh mana-mana orang;
MISALAN
(a)
Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu fakta.
(b)
Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat suatu ialah suatu fakta.
(c)
Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu ialah suatu fakta.
(d)
Bahawa seseorang berpegang pada pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu iaitu suatu fakta.
(e)
Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;
MISALAN
A
dituduh berkhalwat dengan
B
.
Dalam perbicaraannya, fakta-fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:
bahawa
A
berada berdua-duaan dengan
B
di dalam suatu bilik tertutup;
bahawa A berdua-duaan dengan
B
di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat yang gelap;
"filem" ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;
"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah subseksyen 7 (1), 8 (1) dan 9 (1) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 [
En. Tr.
];
"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana
Mazhab
yang diiktiraf;
"keterangan" termasuklah-
(a) bayyinah
dan
syahadah
;
(b)
segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
(c)
segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;
"komputer" ertinya apa-apa paranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun paranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;
"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1), 4 (2) atau 4 (3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001;
"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;
"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;
"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai
Peguam Syarie
di bawah seksyen 57, Enakmen Pentadbiran;
"qarinah"
ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen ini;
"saksi" tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;
"syahadah"
ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz
"asyhadu"
untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;
'''urf"
ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.
(2) Dalam Enakmen ini-
(a)
suatu fakta dikatakan "terbukti sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;
(b)
sesuatu fakta dikatakan "tidak terbukti" apabila fakta itu tidak "terbukti" atau tidak "terbukti sebaliknya" mengikut Enakmen ini:
(c)
sesuatu fakta dikatakan "terbukti" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.