ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII
Darihal Aduan kepada Hakim



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil ketahui akan suatu kesalahan diadukan. Hakim hendaklah serta merta menerima pangaduan itu dengan berikrar mengikut Borang 7 Jadual dan kandungan pengaduan itu hendaklah dituliskan dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan, jika saman diminta dalam sesuatu kes saman, oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak atas sifat jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.