ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis.

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sempurnanya secara bertulis oleh Majlis boleh pada setiap masa yang munasabah, masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau selainnya bagi memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.