ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN



Seksyen 20. Persetubuhan luar nikah.

(1) Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana perempuan yang melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahaan di bawah subseksyen (2) oleh perempuan itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana perempuan yang melahirkan anak yang sempuma sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.