ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan.

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya maka dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah Mahkamah.

MISALAN

A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada pembicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya. A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya. B bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.