ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 36. Prosedur untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Jika sesuatu waran tangkap adalah dilaksanakan di luar had tempatan bidang kuasa Mahkamah yang mengeluarkannya, maka orang yang telah ditangkap itu hendaklah, melainkan jika cagaran telah diambil di bawah seksyen 32, dibawa ke hadapan Hakim Syarie yang terhampir.

(2) Hakim Syarie itu hendaklah, jika orang yang ditangkap itu ternyata adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, mengarahkan pemindahan orang itu dalam jagaan ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu:

Dengan syarat bahawa, jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap sedia dan mahu memberikan jaminan dengan memuaskan hati Mahkamah yang dia dibawa atau suatu arahan telah diendorskan di bawah seksyen 32 di atas waran itu dan orang itu sedia dan mahu memberikan cagaran yang dikehendaki oleh arahan itu, maka Hakim itu hendaklah mengambil bon atau cagaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon itu kepada Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis daripada mengambil cagaran di bawah seksyen 32.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.