ENAKMEN 16 TAHUN 1992
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1992
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - QARINAH
IKRAR
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau urf, maka fakta yang berikut adalah qarinah-
(a) apa-apa urusan yang dengannya hak atau urf yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak konsisten dengan kewujudannya.
(b) hal-hal tertentu dalam mana hak atau urf itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau dalam mana penggunaannya telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.