ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 17. Memeriksa orang kerana hendak mendapatkan nama dan alamat.

Tiap-tiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang, oleh kerana mabuk, sakit, sakit otak ataupun masih kanak-kanak, tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, boleh diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.