ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN III - PENGENAAN DAN CIRI-CIRI AM MENGENAI ZAKAT



Seksyen 18. Golongan pendapatan atau aset yang boleh dikenakan zakat.

(1) Pendapatan atau aset yang boleh dikenakan zakat di bawah Enakmen ini adalah seperti yang ditetapkan oleh Menteri atas nasihat Majlis dari semasa ke semasa.

(2) Menteri boleh, atas nasihat Majlis, meminda mana-mana perkara yang ditetapkan sedemikian di dalam subseksyen (1) dari semasa ke semasa melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.