ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 196. Meninggalkan kewajipan berkanun.

Barang siapa yang berkewajipan di bawah Enakmen ini untuk mendaftarkan apa-apa perkara atau prosiding, atau membuat, menyedia, menyimpan, atau menjaga apa-apa daftar bayaran, buku kira-kira, anggaran pendapatan atau perbelanjaan, daftar, buku keratan, buku peringatan mesyuarat, atau akaun pungutan khairat, atau untuk mengeluarkan surat akuan, resit, atau salinan yang sah, enggan atau lalai menjalankan kewajipan itu adalah melakuan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.