ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIX - AM



Seksyen 208. Salinan prosiding.

(1) Jika pengadu atau tertuduh atau mana-mana orang yang tersentuh oleh penghakiman atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah berhasrat untuk mendapat salinan mana-mana penghakiman, perintah atau bahagian lain rekod itu, dia hendaklah, apabila memohon untuk mendapat salinan itu, diberikan salinan itu oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa dia membayar fee yang ditetapkan bagi salinan itu melainkan Mahkamah, atas sesuatu sebab yang khusus fikirkan patut untuk memberinya dengan percuma.

(2) Permohonan untuk mendapat salinan rekod itu boleh dibuat pada bila-bila masa oleh pendakwa tanpa dikenakan apa-apa fee.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.