ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 225. Keterangan.

(1) Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mematuhi peruntukan Hukum Syarak mengenai bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan sesuatu kenyataan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil kira undang-undang keterangan yang berkuatkuasa ketika ini dalam Negeri, dan hendaklah berpandu kepada prinsip-prinsip undang-undang itu, tetapi adalah tidak dikehendaki untuk memakai undang-undang itu secara ketat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.