ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 172. Menutup atau merombak.

(1) Pesuruhjaya dengan persetujuan Majlis boleh, dengan apa-apa sebab yang cukup, menutup atau merombak mana-mana masjid dan, jika mana-mana masjid telah dirombak dan tidak ada cadangan untuk mendirikan masjid lain di atas tapak yang sama dan tidak lagi dapat hendak digunakan tapak itu bagi maksud sebuah masjid, bolehlah, jika tapak itu ialah tanah wakaf, menggunakan tapak itu mengikut mana-mana cara yang diluluskan oleh Hukum Syara'.

(2) Jika tapak sesebuah masjid digunakan sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1), semua pendapatan yang diperolehi daripadanya hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang.

(3) Barang-barang binaan dan barang-barang lain dari masjid yang dirombak boleh digunakan bagi masjid baru atau masjid yang ada atau boleh dijual dan, jika dijual, hasil jualan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.