ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab X - DARIHAL PEMBICARAAN
Seksyen 100. Ucapan-ucapan.
Dalam pembicaraan dalam Bab ini-
(i) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah payah membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(ii) apabila orang yang dituduh itu dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia sendiri atau peguammya, sebelum mengemukakan keterangannya, bolehlah menyatakan bukti-buktinya atau undang-undang yang dia hendak gunakan dan memberi alasan-alasan yang difikirkannya perlu di atas keterangan pendakwaan itu dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia bolehlah menggulung kesnya;
(iii) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah berhak menjawab balas ke atas keseluruhan kes itu apabila orang yang dituduh itu telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.