ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai nyataan yang menjadi soal dan qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau pembicaraan mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap nyataan yang menjadi soal dan mengenai nyataan lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak mengenai mana-mana nyataan lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan sesiapa memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang ia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan acara sivil.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.