ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN SURATAN DAN HARTA LAIN DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
Waran Geledah



Seksyen 43. Bila waran geledah dikeluarkan.

(1) Apabila -

Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau lain-lain pegawai yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya, dan pegawai itu boleh melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Pesuruhjaya Polis Negeri atau kepada lain-lain Pegawai Polis yang disebutkan atas nama atau jawatan di dalamnya dan Pegawai Polis itu boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.