ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN



Seksyen 12. Perkahwinan tidak boleh didaftarkan.

Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa sesuatu perkahwinan yang diakadnikahkan secara berlawanan dengan Enakmen ini tetapi sah mengikut syarat-syarat Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah mahkamah tertakluk kepada seksyen 40(2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.