ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXII - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA



Seksyen 173. Perintah perlindungan.

(1) Dalam mana-mana tindakan mengenai kontrek atau untuk pemulangan mana-mana harta alih jika tuntutan plaintif telah dibuktikan secara prima facie dan defendan mempunyai pembelaan atau menuntut lien. Mahkamah boleh membuat perintah penyerahan, perlindungan atau penjagaan mana-mana harta alih yang menjadi perkara pertikaian, atau pembayaran kepada Mahkamah apa-apa yang dipertikaikan, atau kedua-duanya seperti yang difikirkan patut.

(2) Seksyen ini hendaklah dipakai dengan ubahsuaian yang perlu kepada tuntutanbalas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.