ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 10. Penangkapan: cara menangkap

(1) Apabila melakukan sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang melakukannya hendaklah dengan sesungguhnya memegang atau menahan badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerahkan dirinya baik dengan percakapan ataupun tingkahlakunya.

(2) Jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan daripada ditangkap, maka pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Seksyen ini tidaklah sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.