ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 165. Kadi tidak boleh membicarakan kesalahan dilakukan di hadapannya.

Kecuali seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 159 dan 163 seseorang Kadi tidak boleh membicarakan seseorang atas kesalahan yang dilakukan di hadapannya atau sebagai penghinaan kepada kuasanya atau yang telah diberitahu kepadanya sebagai Kadi di dalam sesuatu perjalanan perbicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.