ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 111. Perkara-perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan terbukti yang qarinah di bawah seksyen 20 dan 21.

Apabila sesuatu fakta yang qarinah di bawah seksyen 20 atau 21 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada bagi menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau bagi mencabar atau mengesahkan kebolehterimaan orang yang telah membuatnya, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai seorang saksi dan apabila diperiksa balas, telah menafikan kebenaran yang disarankan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.