ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH KADI



Seksyen 22. Perakuan feraid.

(1) Jika di dalam mana-mana persidangan Mahkamah Adat atau pihak berkuasa atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai pentadbiran atau pembahagian harta pesaka si mati yang wajib dibahagikan mengikut Undang-undang Islam, Mahkamah Kadi boleh atas permintaan mana-mana Mahkamah Adat, pihak berkuasa atau orang itu, mengeluarkan satu perakuan digelar perakuan feraid mengenai pembahagian harta itu serta orang yang berhak kepadanya.

(2) Sebelum memberi perakuan seperti yang tersebut di dalam seksyen-kecil (1) Mahkamah Kadi hendaklah berdasarkan perakuan itu kepada kenyataan yang dikemukakan oleh Mahkamah Adat, pihak berkuasa atau orang itu dan berdasarkan mana-mana kenyataan yang diperolehinya dari hasil penyiasatannya sendiri:

Dengan syarat bahawa jika Mahkamah Kadi fikirkan patut, ia boleh sebelum membuat perakuan itu mendengar mana-mana pihak, mengenai apa-apa persoalan berkaitan dengannya atas sumpah atau ikrar.

(3) Mahkamah Kadi boleh, mengikut budibicaranya, mengenakan bayaran di atas tiap-tiap perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.