ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 110. Kenyataan-kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi boleh dibuktikan bagi menyokong keterangan yang dibuat kemudiannya tentang nyataan yang sama.

Bagi menyokong keterangan seseorang saksi, sesuatu kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi itu berkenaan dengan nyataan yang sama pada atau lebih kurang pada waktu nyataan itu telah berlaku, bolehlah dibuktikan, sama ada kenyataan dahulu itu dibuat dengan bertulis atau lisan, dengan sumpah, atau dalam percakapan biasa, atau dibuat di hadapan mana-mana pihak berkenaan yang layak di sisi undang-undang menyiasat nyataan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.