ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah
Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai
qarinah
, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.
Huraian
---
Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberi keterangan mengenai apa-apa fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undanbg-undang yang berhubungan dengan tatacara
mal.
MISALAN
A
dituduh memukul isterinya
B
dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.
Dalam perbicaraan
A
fakta-fakta yang berikut adalah menjadi persoalan:
A
memukul
B
dengan tongkat itu.
A
mencederakan
B
dengan pukulan itu dengan niat hendak menganiayanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.