ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 189. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Jika dibuktikan sehingga Hakim berpuashati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberi keterangan di dalam perbicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir di dalam perbicaraan untuk memberi keterangan, Hakim boleh, di atas permohonan Pendakwa Syarie atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk saraannya dan untuk pampasan kerana penahanannya dan masanya yang terbuang, memerintah orang itu supaya ditahan di penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga ia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa ia akan memberi keterangan di dalam perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.