ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 90. Perlantikan Wali Hakim.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik atas sembah nasihat Majlis mana-mana orang untuk menjadi Wali Hakim bagi sesuatu kawasan yang ditentukan dalam Tauliahnya.

(2) Seorang Wali Hakim hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang sama sepertimana yang diperuntukkan di seksyen-kecil (3) pada seksyen 40.

(3) Seorang Wali Hakim hendaklah mempunyai kuasa-kuasa sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syara' dan menyelenggarakan daftar-daftar yang berkaitan dengan tugas-tugasnya mengikut cara yang dibuat oleh Pendaftar serta menggunakan borang-borang yang ditetapkan di bawah kuasa Enakmen ini.

(4) Seorang Wali Hakim hendaklah bertanggungjawab kepada Timbalan Pendaftar yang berhampiran sekali dalam menjalankan tugas-tugasnya dan patuh kepada semua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini.

(5) Seorang Wali Hakim yang tidak menerima apa-apa saraan sebagai pekerja sepenuh masa bolehlah mengambil kesemua bayaran-bayaran yang dibuat kepadanya sebagai Wali Hakim untuk kegunaannya sendiri tetapi cuma berhak setengah sahaja daripada jumlah bayaran-bayaran yang diterima itu bagi satu-satu bulan jika ia seorang pekerja sepenuh masa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.