ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Watak Adalah Qarinah



Seksyen 42. Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu adalah qarinah.

Huraian 1-Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes di mana watak buruk seseorang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2-Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.