ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Perjalanan Majlis



Seksyen 28. Pengendalian perjalanan mesyuarat.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Ordinan ini, semua perjalanan Majlis hendaklah dikendalikan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan sekerap kali dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertua Negeri dalam mana-mana hal atau golongan hal khas, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.