ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 101. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan sebuah Mahkamah, sebelum diberi penghakiman, pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa ia tidak bercadang untuk mendakwa lebih lanjut lagi orang yang dituduh itu terhadap pertuduhan itu; selepas itu semua prosiding di atas pertuduhan terhadap orang yang dituduh bolehlah digantungkan dengan kebenaran dari Mahkamah dan jika telah diberhentikan orang yang dituduh itu hendaklah dilepaskan daripada tuduhan itu.

(2) Pelepasan daripada tuduhan itu tidaklah menjadi suatu pembebasan kecuali jika Mahkamah mengarahkan demikian.

(3) Seksyen ini tidak terpakai kepada hal-hal yang melibatkan Hudud Syarie atau qisas.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.