ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM
Seksyen 17. Perlantikan Nazir-Nazir Sekolah Islam.
Majlis boleh melantik beberapa orang Nazir Sekolah Islam sepertimana yang diperlukan, yang tugas-tugasnya hendaklah termasuk-
(a)
menjalankan pemeriksaan, dari masa ke semasa, ke atas Sekolah-Sekolah Islam tentang pengajaran kurikulum yang dibenarkan, penggunaan buku-buku teks, guru-guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan-arahan Pendaftaran;
(b)
menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Islam berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c)
menjalankan pemeriksaan ke atas akaun-akaun Sekolah Islam; dan
(d)
membuat laporan ke atas apa-apa perkara luar aturan, termasuk membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.