ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya termasuk kuasa menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud seksyen-kecil (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.