ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVIII - MURAJA'AH



Seksyen 164. Kuasa untuk muraja'ah.

(1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas membuat keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu tidak betul, dia boleh meminta Mahkamah Tinggi Syariah memuraja'ah perkara itu untuk memuaskan dirinya terhadap keesahan, ketepatan atau kewajaran mana-mana pendapatnya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh meminta dan memeriksa rekod mengenai prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah untuk tujuan memuaskan hatinya terhadap keesahan, ketepatan atau kewajaran mana-mana pendapat, hukuman atau perintah yang direkodkan atau dijatuhkan dan terhadap kesempurnaan peraturan mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.