ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 152. Perakuan dan akibat keputusan.


(1) Bila mana satu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dibawah Bab ini ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah dimana keputusan Mahkamah atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah diikutkan atau diluluskan.

(2) Bila mana satu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyebutkan alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Qadhi telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah Mahkamah rayuan syariah hendaklah membuat perintah yang sesesuai dengan keputusan atau perintah dari Mahkamah rayuan syariah dan, jika perlu rekodnya hendaklah pindaan menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.