ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis Dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 61. Akaun Bank.

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis amaun-amaun yang melebihi dua ratus lima puluh ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah dikeluarkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.