ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 140. Prosedur pada pendengaran.

(1) Apabila rayuan hendak dimulakan untuk pendengaran, pihak merayu hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan itu, kemudian pihak menentang hendaklah didengar, dan pihak merayu hendaklah berhak untuk menjawab.

(2) Jika pihak merayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya Mahkamah boleh menimbang rayuan itu atau menolaknya atau membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.