ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Zakat dan Fitrah



Seksyen 68. Kuasa-kuasa Majlis.

(1) Majlis hendaklah berkuasa memungut bagi pihak Yang di-Pertuan Besar, zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam Negeri ini mengikut Hukum Syarak:

Dengan syarat bahawa kuasa itu tidak boleh dijalankan oleh Majlis sehingga satu ketetapan membuat demikian itu telah diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar.

(2) Setelah diterbitkan di dalam Warta akan ketetapan yang tersebut di dalam subseksyen (1) dan tertakluk kepada syarat-syarat Hukum Syarak, maka hendaklah menjadi wajib ke atas sekalian orang Islam membayar zakat dan fitrah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.