ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 58. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian.

(1) Mahkamah adalah berkuasa, apabila membenarkan pelafazan talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualannya itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang-

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

(3) Mahkamah adalah berkuasa, apabila membenarkan pelafazan talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualannya itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang-

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya sendiri hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.