ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 166. Mengajar Igama.

(1) Barangsiapa kecuali kepada ahli rumahnya sahaja di dalam tempat kediamannya sendiri mengajar atau bertujuan hendak mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan Igama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan surat kebenaran yang dikeluarkan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini. Orang yang telah dibatalkan Tauliahnya itu hendaklah menyerahkan surat kebenaran tersebut kepada Majlis dengan sertamerta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.