ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI
Peruntukan-Peruntukan Am Berkenaan dengan Perbicaraan



Seksyen 109. Menahan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri sesebuah Mahkamah Syariah sungguhpun dia tiada ditangkap atau disaman, bolehlah ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan memeriksa sebarang kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh mengambil ketahui dan daripada keterangan yang diberi ia dapati melakukan kesalahan itu dan Mahkamah itu bolehlah menjalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah dimulakan, maka prosiding terhadap orang itu hendaklah dimulakan semula secara baru dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.