ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VII - PEMUNGUTAN DAN KEDAPATAN BALIK ZAKAT



Seksyen 50. Mendapatkan kembali zakat daripada orang-orang yang meninggalkan Malaysia.

(1) Setiausaha, jika dia berpendapat bahawa mana-mana orang yang kira-kira hendak meninggalkan Malaysia atau mungkin akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar-

boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen, suatu perakuan mengandungi butir-butir zakat, jumlah wang yang kena dibayar sedemikian itu dengan permintaan supaya orang itu ditegah meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar segala zakat, jumlah wang yang kena dibayar sedemikian itu atau memberi jaminan hingga memuaskan hati Setiausaha berkenaan dengan pembayarannya.

(2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, mana-mana Pesuruhjaya Polis atau Pengarah Imigresen yang menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah (termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan pengambilan, pemindahan atau penahanan apa-apa perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, permit keluar atau lain-lain dokumen perjalanan berhubung dengan orang itu) sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.

(3) Setiausaha hendaklah menyebabkan notis pengeluaran perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar kepada orang yang dimaksudkan dengan perakuan itu:

Dengan syarat bahawa tak-terimanya notis oleh orang itu tidaklah boleh membatalkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.

(4) Jika seseorang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1)-

maka kenyataan atau bayaran itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang cukup untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.

(5) Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terus terhadap Kerajaan, pegawai polis atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya di bawah seksyen ini atau seksyen 62(2).

(6) Dalam seksyen ini-

"Pesuruhjaya Polis" termasuk Ketua Pegawai Polis;

"Pengarah Imigresen" ertinya Pengarah Imigresen di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak;

"Pegawai Imigresen" ertinya pegawai awam yang mempunyai tugas rasmi berkaitan dengan kawalan penghijrahan masuk ke dalam Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.