ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN



Seksyen 69. Anggapan tentang buku-buku, peta-peta dan rajah-rajah.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai undang-undang Islam atau perkara yang ada kepentingan awam atau kepentingan am, dan bahawa mana-mana peta-peta atau rajah-rajah yang disiarkan yang kenyataan di dalamnya itu adalah nyataan yang berkaitan dengan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ianya dinyatakan telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.