ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN VI - MENGISTIBDAL DAN MEMBANGUNKAN MAWQUF
Seksyen 19. Kuasa Majlis untuk istibdal.
Majlis boleh mengistibdalkan apa-apa mawquf dalam keadaan berikut-
(a)
mawquf telah diambil oleh mana-mana pihak berkuasa awam mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
kegunaan mawquf tidak lagi mendatangkan manfaat atau faedah sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif; atau
(c)
kegunaan mawquf tidak menepati tujuan wakaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.