ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - JAMINAN



Seksyen 185. Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan.

Apabila seseorang telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau hadir sendiri atau dibawa di hadapan Mahkamah dan ia bersedia pada bila-bila masa semasa ia dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan Mahkamah itu untuk memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang menjaga balai polis atau mana-mana pegawai polis yang tidak kurang daripada pangkat Inspektor atau oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.