ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM SYARIE



Seksyen 74. Menolak aduan.

(1) Hakim Syarie yang di hadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika, setelah memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaannya dan menimbangkan hasil siasatan itu, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen yang terakhir sebelum ini, pada hematnya tiada alasan yang mencukupi bagi meneruskan prosiding.

(2) Hakim Syarie yang menolak aduan itu hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.