ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang yang beragama Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia-
apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam, atau apa-apa bahan publisiti yang berkaitan dengan terbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud subseksyen (1), sesuatu terbitan atau bahan publisiti yang dihantar atau diserahkan kepada atau dialamatkan kepada seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

(4) Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, setelah siasatan teliti, mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan seorang Islam.

(5) Hendaklah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan atau bahan publisiti yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat suatu permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

(6) Subseksyen (1) tidak dipakai bagi-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.