ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA
Seksyen 109. Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak.
(1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah supaya seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara
ex parte
melalui notis Borang MS 24 dan disokong dengan afidavit.
(2) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.
(3) Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian dikemukakan dalam Borang MS 25.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.