ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - PELBAGAI



Seksyen 36. Memberi keterangan palsu.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang oleh suatu sumpah, atau oleh apa-apa peruntukan undang-undang yang nyata supaya menyatakan hal yang sebenarnya, atau yang terpaksa di sisi undang-undang supaya membuat suatu akuan atas apa-apa perkara, membuat sesuatu kenyataan palsu, dan yang ia sama ketahui atau percaya sebagai palsu, atau yang ia tidak percaya sebagai benar, adalah dikatakan memberi keterangan palsu.

Huraian 1
Suatu kenyataan sama ada dibuat dengan mulut atau dengan jalan lain adalah termasuk dalam erti seksyen ini.

Huraian 2
Suatu kenyataan palsu berkenaan dengan kepercayaan orang yang membuat kenyataan itu adalah termasuk dalam erti seksyen ini, dan seseorang boleh jadi melakukan kesalahan memberi keterangan palsu dengan menyatakan bahawa ia percaya atau dengan sesuatu perkara yang ia tidak percaya atau dengan menyatakan bahawa ia ketahui sesuatu perkara yang ia tidak ketahui.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.