ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 164. Penghakiman.

(1) Di akhir pendengaran apa-apa rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu tarikh yang ditetapkan untuk maksud itu yang mana notis hendaklah kemudiannya diberi kepada pihak-pihak rayuan, menyampaikan penghakimannya di Mahkamah terbuka.
(2) Dalam rayuan jenayah dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah secara biasanya memberi satu penghakiman sahaja yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau mana-mana ahli Mahkamah Rayuan Syariah yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi:

Dengan syarat bahawa penghakiman berasingan hendaklah disampaikan sekiranya diputuskan demikian oleh Pengerusi.

(3) Penghakiman mana-mana ahli Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir bolehlah dibaca oleh mana-mana Hakim yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.