ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN II-MAJLIS



Seksyen 26. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan

(1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Pengerusi boleh, melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu; dan jika MajIis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.